Followers

Friday, January 11, 2013

MENCARI BERANI KERANA MAHU MENGISI RUANG KOSONG ITU...

Dan berfirman Tuhanmu "Memohonlah (berdoalah) kepada-Ku, Aku pasti perkenankan permohonan (doa) mu itu." -Al-Mu'min: 60


Alhamdulillah...sudah 8 tahun bergelar isteri, 5 tahun lebih menjadi ummi kepada anakanda Muhammad Al Ameen, diikuti Iman Nurul'atifah dan Adib Al Ameen. 4 tahun bergelar guru-dan kini telah meletak jawatan hampir 2 tahun lalu, dan 7 tahun kelas al Qur'an beroperasi di rumah. Namun, di celah-celah kesibukan itu seolah-olah masih ada satu ruang kosong dalam diri saya. 

Ada masanya saya duduk bersendirian mencari apa dan mengapa. Jujur termenung saya seketika dengan tulisan ini :

Telah datang satu soalan kepadaku daripada seorang perempuan melalui Twitter, "Bagaimana untuk aku mendapatkan Allah? Aku pergi ke Makkah, tapi tidak menemuinya. Aku menunaikan solat, tapi tidak menemuiNya, aku membaca Al-Quran, tapi tidak menemuiNya. Jangan memberitahuku lakukan itu dan ini, aku telah lakukan kesemuanya."


Aku berkata kepadanya, "Aku tidak akan menyuruhmu melakukan itu dan ini, tapi aku ingin memberitahumu, bahawa jawapan kepada persoalanmu ini adalah pada soalanmu sendiri. Sebenarnya, apakah yang menggerakkan kamu untuk bertanya soalan ini kepadaku?

Kunci untuk kamu mendapatkan Allah itu ada dalam dirimu. Janganlah kamu mencari Allah di luar dirimu, tapi carilah Allah di dalam hatimu, gunakan aqalmu sebagai bantuan. Allah itu lebih daripada segala-galanya. Allah bukannya jisim yang dapat dirasa. Tiada apapun yang mampu menutupi diriNya, Zatnya Yang Maha Agung. 

Kunci untuk mendapatkan Allah, adalah dengan kamu mencabut SATU PENGHALANG. PENGHALANG itu ada dalam dirimu dan juga dalam diriku. Penghalang itu bernama 'Aku', iaitu EGO. Inilah penghalang yang sebenar. Jadi, jalan sebenar untuk kamu mendapatkan Allah itu, bermula daripada DIRIMU SENDIRI.

Jika kamu benar2 JUJUR untuk mencari Allah, kamu akan mendapatkan Allah. Apabila seseorang itu MENCARI ALLAH di HATInya, maka dia akan mendapatkan Allah di situ.

Firman Allah Subhanahu wa Ta’ala

وَنَحْنُ أَقْرَبُ إِلَيْهِ مِنْ حَبْلِ الْوَرِيدِ

“Artinya : Dan Kami lebih dekat kepadanya daripada urat lehernya” [Qaff : 16]

[Ada terjemahan bahasa Inggeris]



Lalu, saya gagahkan diri mencari secebis BERANI dalam diri saya. InsyaAllah bemula 19 Januari setiap Sabtu dan Ahad akan ada kelas Al Qur'an & fardhu ain untuk muslimah yang ingin belajar. Saya mahu mengisi ruang kosong dalam diri yang selalu bertanya "Apa yang  aku telah menggunakan sebaik mungkin anugerah Allah kepadaku ini, sebanyak mana kebaikan yang telah aku sebarkan dengan nikmat yang telah Allah berikan kepadaku ini."

Semoga inilah langkah pertama yang sebaik-baiknya untuk mewujudkan AKADEMI AL HUFFAZ suatu hari nanti, seperti yang pernah ayahanda suarakan saat melepaskan saya menjadi isteri kepada suami satu ketika dahulu....

Sunday, January 6, 2013

06 JANUARI ~SELAMAT HARI LAHIR MA~

DENGAN ASMA ALLAH YANG MAHA AGUNG

Saya selalu berdoa, agar saya boleh mencontohi lembutnya tutur ma pada ayah dan anak-anak. Saya selalu berdoa agar saya bisa setabah ma dalam mendidik kami 11 beradik. 





 (Ma dan besan berkongsi januari. Ma 06 januari, mertua kakak 04 januari -tarikh kek 05januari)

"YA ALLAH PANJANGKANLAH USIA MA & AYAH DALAM KESIHATAN DAN KETAATAN KEPADAMU, AGAR KAMI ANAK-ANAK MAMPU MEMBUATKAN YANG TERBAIK DAN MEMBAHAGIAKAN MEREKA. 
YA ALLAH,  KASIHI MA & AYAH SEBAGAIMANA MEREKA BERDUA SANGAT MENGASIHI KAMI SEWAKTU KECIL HINGGALAH KAMI SEMUA DEWASA.
YA ALLAH HADIAHKANLAH JANNAHMU UNTU MA & AYAH.
ALLAHUMMA AMEEN...."



AYAH : KISAH YANG WAJAR DIBACA OLEH ANAK-ANAK

DENGAN ASMA ALLAH YANG MAHA AGUNG.

Ayah lelaki terbaik yang Allah hadiahkan kepada saya selain suami tercinta. Dia tegas...namun amat jarang meninggi suara, ayah ada "angin" dia sendiri tapi dia tetap lemah lembut pada kami adik beradik. Ayah seorang yang pemalu, namun dia tetap berkarisma di mata masyarakat kampung.

Ayah bukan seorang bergaji ribu-ribuan, namun kami 11 beradik cukup makan pakai walau ayah hanya bergaji 500 sebagai pemandu waktu itu. Dari ayah, saya belajar erti kudusnya sebuah doa.

COPY PASTE.... BACA CERITA NI. PENGORBANAN SEORANG AYAH UNTUK MENCUKUPKAN KEPERLUAN ANAKNYA. BERSYUKUR KEPADA ALLAH ATAS KURNIAAN SEORANG AYAH YANG SANGAT BERTANGGUNGJAWAB UNTUKKU. 

Ada seorang bapa datang ke kedai, melihat-lihat seperti pelanggan lain. Aku menerjahnya, "Pakcik, laptop..." - dia tersenyum dan masih melihat-lihat laptop yang ada di kedai. Aku menyambung lagi, "Nak beli untuk anak ke?", "Ya, nak beli untuk anak - dia nak sambung belajar - laptop yang mana yang ok?". Aku mempromosi barang seperti biasa - aku biasanya mengsyorkan yang paling murah. "Kalau nak yang bagus mahal pakcik - tapi kalau setakat nak buat belajar yang nie lah, Samsung - seribu seratus lebih je...". Dalam aku bercakap dengan dia, dia banyak diam dan seperti berfikir. Sedikit lama dia terdiam, dia membuka mulut "Nanti saya datang balik ya, duit tak berapa nak ada lagi ni..." - pergi dengan suatu perasaan yang lain.

Aku dengan rutinku berkerja setiap hujung minggu sahaja, kebetulan - aku duduk di kaunter menunggu pelanggan - dia datang semula ke kedai, tapi dengan anaknya - perempuan. "Yang mana ya yang haritu, ada lagi tak?", "Yang nie Samsung haritu, tapi yang nie stok baru - harga sama je", aku menyambut soalan nya. Dia bertanya kepada anaknya, "Yang nie ok ke dik?" - "Ermmm, ok ke nie murah je - karang rosak karang susah..." jawabnya dengan muka yang kurang puas hati - anaknya seperti menginginkan yang lain yang lebih mahal. "Yang acer nie x boleh ke ayah?", ayahnya terdiam seketika dan menyambut dengan negosiasi, "Yang acer nie berapa boleh murah lagi?" - "Yang tu tak dapat dah pakcik,... Dah harga kos dah tu..." aku dengan rasa geram namun masih dalam nada yang baik menyambung lagi, "Dik, nak laptop untuk belajar kan... Rasanya kalau untuk belajar - yang nie lebih dari cukup - rosak tak payah pikir sangat - warenti setahun.". Aku mengeluarkan kata-kata tersebut atas dasar aku seperti mengerti kerut wajah bapanya.

"Oklah, yang ini." jawab anaknya. Sedang aku menulis resit dan membungkus laptop dari meja 'display' - aku terpandang bapanya yang mengira duit untuk membayar - aku nampak dompetnya kosong - habis semua duit digunakan untuk membayar laptop. Dia menyerahkan duit kepadaku dan aku mengiranya semula - dia melihat tanganku yang mengira. Habis aku mengira - wang aku masukkan dalam cash drawer, "Cukup duit tadi dik?" - "Cukup, Terima Kasih ya...". Dia dan anaknya meninggalkan kedai. Aku hanya menahan airmata mengira duit yang diberikan - RM1, RM5, RM10 dan hanya sekeping RM50. Aku membayangkan dari mana si ayah mencari duit untuk membeli sebuah laptop untuk anaknya - penuh harapan.

Aku geram kepada anaknya - seperti dia tidak tahu ayahnya bagaimana - hanya tahu minta. Aku tahu ayahnya tiada duit, dia dah sebut awal-awal pada aku, aku nampak airmukanya, aku perhati sekeping-sekeping duit yang diserahkan. Aku tahu dia tiada duit pulang ke rumah dan perlu 'mengais' untuk hari esoknya.

Ya Allah, ampunilah segala dosaku, dan (dosa) kedua ibubapaku, dan rahmatilah keduanya sepertimana mereka mendidikku pada waktu kecil. Amin..


Sunday, December 23, 2012

YA ALLAH HAMBA HANYA MAHU BERSYUKUR

dan, cukuplah hanya gambar yang menulis bicara.



سُبْحَانَكَ اللَّهُمَّ وَبِحَمْدِكَ أَشْهَدُ أَنْ لاَ إِلَهَ إِلاَّ أَنْتَ أَسْتَغْفِرُكَ وَأَتُوْبُ إِلَيْكَ

(Maha Suci Allah & Segala Puji BagiMu, aku bersaksi bahawa tiada Tuhan melainkan Engkau, aku memohon keampunan & taubat daripada Engkau)








KISAH YANG MENGINSAFKAN:MENGAPA KITA PERLU MEMBACA AL QUR'AN


DENGAN ASMA ALLAH YANG MAHA AGUNG.

Terdiam saya sejenak tatkala Ustaz Zahazan Mohamed menuturkan kata-kata masyhur Saidina Uthman bin Affan Khalifah Islam yang ke 4, menantu Rasulullah SAW kepada dua puteri kesayangan baginda Saidatina Ruqayyah & Saidatina Ummu Kalsum, " HATI YANG BERSIH TIDAK AKAN PERNAH KENYANG UNTUK MEMBACA AL QUR'AN." 



Meminjam tulisan sahabat blogger kak Wan Anie : FAKTA - Anak tidak akan jadi anak yang soleh dan solehah jika tidak pandai membaca Al Quran!

Allahu Allah, penting sungguh mendidik anak mencintai, menyayangi dan asyik dengan Al Qur'an sejak kecil. Lebih penting agar mereka tahu al qur'an bukan sekadar sebuah kitab, tapi juga KALAMULLAH. 

Dari blog ini saya terbaca satu entri yang sungguh menginsafkan :

Ini adalah satu kisah yang sangat menarik. Semoga dengan cerita ini hati anda akan terbuka tentang membaca Al-Quran. Kisah ini dipetik daripada kisah yang ditulis dalam Bahasa Inggeris.

Mengapa Kita Membaca Al-Quran, sedangkan kita tidak memahami sepenuhnya apa yang di baca?.

Ada seorang Atuk tua tinggal bersama cucu lelakinya di sebuah bukit di pendalaman. Setiap pagi Atuk bangun awal pagi duduk di meja makan dan membaca Al-Quran. Cucunya ingin menjadi seperti Atuk dan meniru seberapa boleh akan bacaan yang dibaca oleh Atuknya.

Pada suatu hari cucunya bertanya, ‘Atuk! saya cuba membaca Al-Quran macam Atuk baca tapi saya tak faham pun, dan jika saya faham sekali pun saya akan lupa sebaik sahaja saya menutupinya. Apa bagusnya bila kita membaca Al-Quran?’

Sedang orang tua itu meletakkan arang batu ke dalam dapur pemanas badan, dengan perlahan dia menoleh kepada cucunya sambil berkata, ‘ Bawa guni arang batu ini ke sungai dan bawakan saya seguni air.’ Budak lelaki itu buat seperti apa yang disuruh, tetapi semua air itu membocor keluar sebelum dia sampai ke rumah.
Orang tua itu ketawa dan berkata. ‘ Awak hendaklah berjalan lebih cepat untuk yang akan datang,’ dan meminta cucunya ke sungai bersama dengan guni arang batu untuk cuba sekali lagi.

Kali ini budak lelaki itu berjalan lebih laju, sekali lagi guni itu kosong sebelum dia tiba ke rumah. Terlalu letih, dia memberitahu Atuknya bahawa mana mungkin untuk membawa air di dalam guni, dan dia pergi untuk mengambil baldi. Orang tua itu berkata, ‘ saya tidak mahu sebaldi air, saya mahu seguni air. Anda tidak cukup kuat mencubanya.’ dan dia menuju ke pintu melihat cucunya mencuba lagi.

Pada ketika itu, budak lelaki itu sudah tahu bahawa tidak mungkin dapat membawa air di dalam guni hingga ke rumah, tetapi untuk tidak menunjukkan apa-apa reaksi kepada Atuknya dia berlari seberapa laju yang dia boleh, semua air yang di bawa masih membocor keluar sebelum dia sampai ke rumah.

Budak lelaki itu sekali lagi pergi ke sungai dan berlari secepat mungkin dengan seguni air, tetapi apabila sampai kepada Atuknya, guni tersebut sekali lagi kosong. Meletihkan, katanya, ’ tengok Atuk, tak guna!’ ‘

Jadi anda fikir ianya tidak berguna?’ Orang tua itu berkata,’ tengok guni itu.’ Budak lelaki itu melihat akan guni tersebut dan buat kali pertamanya dia sedar bahawa guni tersebut sudah berubah. Ia telah bertukar daripada guni lama yang kotor bekas arang batu menjadi begitu bersih, luar dan dalam. ‘Cucuku, itulah yang akan berlaku jika anda membaca Al-Quran.

Anda mungkin tidak faham ataupun ingat kesemuanya, tetapi apabila anda membacanya, anda akan berubah dengan sedirinya, dalaman dan luaran. Itulah kurniaan Allah s.w.t. dalam kehidupan kita.’

::[ Pengukir Kata ]::



Kenapa Ibubapa Perlu Memiliki Set E-Iqra' ini?

1. Satu sistem pembelajaran interaktif yang diterbitkan oleh Dewan Bahasa Dan Pustaka. Hasil usaha gigih 7 orang ulama terkemuka di Malaysia.

2. Pakej mengandungi 3 buku dan 3 VCD interaktif dengan animasi dan sekeping penanda buku info tajwid

3. Menggabungkan sistem pembelajaran iqra' dan tajwid yang dipersembahkan dalam bentuk animasi penuh warna-warni dan dan permainan yang amat menyeronokkan.

4. Kaedah mudah belajar al-Quran terkini, Karya asli pertama di Malaysia

5. Diiktiraf dan diluluskan oleh Lembaga Pengawalan Perlesenan Percetakan Al-Quran Kementerian Keselamatan Dalam Negeri.

6. Menepati kehendak kokurikulum Pendidikan Islam Kementerian Pelajaran Malaysia.

7. Dengan E-Iqra, tiada alasan kenapa anak-anak dan ibubapa tidak boleh belajar dan mempelajari tajwid.

8. Set E-Iqra' ini tidak dijual di mana-mana kedai buku

9. Harga promosi akan berakhir 31 Disember 2012

RM210

HARGA PROMOSI PENGENALAN 2012 : 

RM120 SAHAJA

KLIK SINI :
http://alhuffaz-kedaibukuonline.blogspot.com/


Monday, December 3, 2012

ALLAHU RABBI..


 Ada ketika kita perlu termenung...untuk merenung,
"SEJAUH MANA KITA MENJADI HAMBA ALLAH YANG TAAT & SEJAUH MANA MENJADI MANUSIA YANG PALING MEMBERI MANFAAT..."


~mie normi~



Saturday, November 24, 2012

BIARLAH....

DENGAN ASMA ALLAH YANG MAHA AGUNG. 
Ustaz Tuan yang saya kagumi...Sekadar mahu mnyimpan kata-katanya agar bisa menjadi azimat  buat diri. 

Saya tidaklah sempurna, tapi itulah saya.

Saya pernah mengambil keputusan yang silap dan membuat pilihan yang salah, tapi itulah saya.

Saya pernah berkata perkara yang salah, dan berkata perkara yang betul, tapi itulah saya.

Bukan semua yang pernah dilakukan oleh sendiri disukai saya, tapi saya tetap melakukannya kerana itulah saya.

Saya pernah tersilap memilih kawan dan tersalah mempercayai orang, tapi itulah saya.

Jika saya diberi peluang untuk melakukannya semula, saya tetap memilih pengajaran yang sama yang sudah ditentukan Allah, kenapa?

Kerana itulah saya.

Terdapat banyak kebaikan pada saya, anda hanya perlu melihat di sebalik ketidak-sempurnaan ini untuk melihat keistimewaan saya.

Jika anda tidak dapat melakukannya, anda yang rugi dan bukannya saya.

Saya telah menjadi saya yang terbaik. Itulah saya.

Kata-kata di atas diharap dapat menjadi pengubat kepada orang yang hati dan keyakinannya diluka oleh kata-kata yang tidak sedap didengar dan menghina.

Sayangilah diri sendiri, sebagaimana Allah menyayangimu kerana anda adalah ciptaan Allah yang paling sempurna.

Jangan sesekali menyimpan dendam, dendam adalah perkara paling berat di dunia ini. Antara petua untuk hidup bergembira dan panjang ialah memaafkan segalanya yang berlaku setiap hari sebelum tidur dan jangan mengharap apa-apa balasan daripada sesiapa dan apa-apa untuk apa yang telah dilakukan.

Berkebajikan dan kemaafan ialah sifat-sifat terpuji yang pulangan amat berlumayan iaitu minda yang tenang dan kebahagiaan.

Sudahkah meletakkan gelas air anda?

Senyum.
· 

BISIKAN HTIKU SAAT INI

Wahai Tuhanku yang Esa
Bila terkenang qahar-Mu
Rasa gerun dihatiku
Kerana takutkan siksa-Mu
Hambamu rasa putus asa
Siapakah dapat bersihkan diri
Dari segala dosa yang memburu
Setiap hari setiap ketika.

Tika mengenang Ghafar-Mu
Putus asa tiada lagi
Semangatku pulih semula
Harapanku subur kembali
Ujian menimpa menekan dijiwa
Tak sanggup meneruskan perjuanganku
Mehnah-Mu itu
Penghapus dosaku
Mengganti hukuman Mu di akhirat.

Di waktu mengenang rahmat-Mu
Terasa diri kurang bersyukur
Pada-Mu harusku memohon
Moga syukurku bertambah
Alangkah susahnya mendidik hati ku

Ya Allah Tuhanku
Bantulah hambamu
Dalam mendidik jiwaku ini

-NASYID NADAMURNI-
Ameen.

DOA KU BUAT MEREKA

"YA ALLAH, BERILAH KEKUATAN DAN KESIHATAN KEPADA MEREKA, JADIKANLAH MEREKA AHLI SYURGA DAN BERIKANLAH MEREKA PETUNJUK KE JALAN YANG BENAR DAN BAIK.
YA ALLAH SESUNGGUHNYA AKU TIDAK MAMPU MEMBALAS SEGALA KEBAIKAN YANG DILAKUKAN OLEH SUAMI DAN IBU BAPA TERHADAP KU, MAKA KEPADAMU AKU HARAPKAN AGAR DIKAU MEMBALAS SEGALA KEBAIKAN MEREKA.....AMEEN YA ROBB."

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails