Followers

Tuesday, December 29, 2009

ANUGERAH TERINDAH, ALHAMDULILLAH


Alhamdulillah, puteri ke2 kami lahir dengan jayanya...hehehe. Walaupun awal dari jangkaan 2 minggu, 10 MUHARRAM 1431 = 27 DISEMBER 2009.

AHAD ITU: Hari yang sangat mencabar bagi abi, exam last SEM 5 pjj-UKM, ada 2 kertas perlu dihadapi pagi dan petang. Saya pula sudah mula sakit selang 15minit dari semalam. Cuba bersabar dan masih berharap baby masih mahu duduk dalam perut.

Seusai solat subuh, selepas membaca al quran sedikit saya mula rasakan desakan sakit makin kuat. Hati mula berkata saya akan bersalin hari ini. Dalam sakit, air ketuban mula keluar. Panik jugak le...... Hampir pukul 8 pagi, abi pula akan hadapi exam jam 9 pagi.



abe long datang jenguk adik di hospital

Ujian besar untuk abi, ujian besar juga untuk saya. Terpaksa kami minta tolong jiran yang sangat baik hati Kak Zah & Abang Basir hantar ke hospital. Mereka menunggu saya dari pagi hingga ke petang. Semoga Allah membalas kebaikan ini dengan seribu kebaikan yang lebih besar untuk mereka. Sedih, saya bersalin tanpa suami di sisi, atau sekurang-kurangnya menunggu di luar bilik bersalin.
Hampir 4jam begelut dengan kesakitan yang tak tergambar, tepat 1.18petang keluarlah baby GIRL warna pink gitu...hehehe, seperti yang diharapkan dan didoakan. Segala puji milik Allah. Dia datangkan kesakitan yang tidak tergambar, namun dalam sekelip mata kesakitan itu dihilangkan dengan hanya menatap wajah dan memegang anak suci itu.
untuk mamatok dan tok cek di kelate
(tok cek balik dari mekah esok 30 disember,semoga selamat sampai)

versi baru lepas mandi

pandangan sisi - supaya hidung nampak mancung....hehe

Thursday, December 24, 2009

9A PMR 09 : TAHNIAH NURUL SYAKIRAH

Alhamdulillah, saya sebagai kakak pun terasa amat gembira apatah lagi adik saya tuan punya diri.
Hadiah kejayaan ini atas usaha gigihnya selama ini ( adik saya yang ni study UPSR dulu pun macam nak ambil SPM....). Bersengkang mata, tak tidur malam, tak menikmati hari raya sangat...alhamdullillah segala pengorbanan itu berbaloi.

Adik saya bersekolah di Maahad Muhammadi Lilbanat setakat diberitahu oleh adik saya, pelajar yang mendapat 9A di sana seramai 89 orang.


tinta normi : teringat kisah dulu2 saya berkurung dalam bilik dan menangis satu hari bila result PMR saya tidak seindah diimpikan.....

Monday, December 21, 2009

KISAH LAMA YANG MENYENTUH HATI

sumber : http://anamarza.blogspot.com

Sepasang suami isteri - seperti pasangan lain di kota-kota besar
meninggalkan anak-anak diasuh pembantu rumah semasa keluar bekerja.

Anak tunggal pasangan ini, perempuan berusia tiga setengah tahun.

Bersendirian di rumah, dia kerap dibiarkan pembantunya yang sibuk
bekerja bermain di luar, tetapi pintu pagar tetap dikunci. Bermainlah
dia sama ada berbuai-buai di atas buaian yang dibeli bapanya, ataupun
memetik bunga raya, bunga kertas dan lain-lain di laman rumahnya.

Suatu hari dia terjumpa sebatang paku karat. Dia pun melakar simen
tempat letak kereta ayahnya tetapi kerana diperbuat daripada
marmar,lakaran tidak kelihatan. Dicubanya pada kereta baru ayahnya.
Ya….kerana kereta itu bewarna gelap, lakarannya jelas. Apa lagi
kanak-kanak ini pun melakarlah melahirkan kreativitinya. Hari itu bapa
dan ibunya bermotosikal ke tempat kerja kerana minyak baru dinaikkan
harga hari ini, 6hb Jun 2008. Semalam mereka tak sempat isi minyak
kerana pulang lewat. Sampai je stesen minyak, atendan pam beritahu
minyak dah habis…

Penuh sebelah kanan dia beredar ke sebelah kiri kereta. Dilakarnya
gambar ibu dan ayahnya, gambarnya sendiri, lukisan ayam, kucing dan
sebagainya mengikut imaginasinya. Kejadian itu langsung tak disedari
si pembantu rumah.

Pulang petang itu, terkejut besar pasangan itu melihat kereta yang
baru setahun dibeli dengan bayaran ansuran yang belum habis berbayar,
berbatik-batik. Si bapa yang belum pun masuk ke rumah terus menjerit,
‘Siapa punya kerja ni?’

Pembantu rumah yang tersentak dengan jeritan itu berlari keluar. Dia
juga beristighfar. .Mukanya merah padam ketakutan tambah-tambah
melihat wajah bengis tuannya.

Sekali lagi diajukan pertanyaan keras kepadanya, dia terus mengatakan
‘Tak tahu… !’

‘Saya tak tahu Tuan..! ‘

‘Duduk di rumah sepanjang hari tak tahu, apa kau buat?’ herdik si
isteri lagi. Bila anak yang mendengar suara ayahnya, tiba-tiba berlari
keluar dari bilik. Dengan penuh manja dia berkata ‘Ita buat ayahhh..
cantik kan!’ katanya menerkam ayahnya ingin bermanja seperti selalu.

Dengan kasih murni seorang anak yang belum memahami apa-apa, menarik
lembut poket seluar abahnya, manja.

Si ayah yang hilang sabar merentap ranting kecil pokok bunga kertas
didepannya, terus dipukul bertalu-talu tapak tangan anaknya. Si anak
yang tak mengerti apa-apa terlolong-lolong kesakitan sekaligus ketakutan.

Puas memukul tapak tangan, si ayah memukul pula belakang tangan
anaknya. Si ibu cuma mendiamkan diri, mungkin setuju dan berasa puas
dengan hukuman yang dikenakan.

Pembantu rumah melopong, tak tahu nak buat apa-apa, sungguh kesian dan
teramat sedih, namun dia sangat takut. Si bapa cukup rakus
memukul-mukul tang an kanan dan kemudian tangan kiri anaknya. Selepas
merasa puas, si bapa masuk ke rumah dituruti si ibu. Pembantu rumah
segera memeluk dengan penuh sayang dan duka, cepat-cepat menggendong
anak kecil itu, membawanya ke bilik. Dilihatnya tapak tangan dan
belakang tangan si anak kecil calar balar. Menangis teresak-esak
keduanya dalam bilik.

Pembantu rumah memandikan anak kecil itu. Sambil menyiram air sambil
dia menangis. Anak kecil itu pula terjerit-jerit menahan kepedihan
sebaik calar-balar itu terkena air. Si pembantu rumah kemudian
menidurkan anak kecil itu. Si bapa sengaja membiarkan anak itu tidur
bersama pembantu rumah. Keesokkan harinya, kedua-dua belah tangan si
anak bengkak. Pembantu rumah mengadu. ‘Sapukan minyak gamat tu!’ balas
tuannya, bapa si anak.

Pulang dari kerja, dia tidak melayan anak kecil itu yang menghabiskan
masa di bilik pembantu. Si bapa konon mahu mengajar anaknya. Tiga hari
berlalu, si ayah langsung tidak menjenguk anaknya sementara si ibu
juga begitu tetapi setiap hari bertanya kepada pembantu rumah. ‘Ita
demam..’ jawap pembantunya ringkas. ‘Bagi minum panadol tu,’ balas si ibu.

Sebelum si ibu masuk bilik tidur dia menjenguk bilik pembantunya.
Apabila dilihat anaknya ita dalam pelukan pembantu rumah, dia menutup
semula pintu.

Masuk hari keempat, pembantu rumah memberitahu tuannya bahawa suhu
badan Ita terlalu panas. ‘Petang nanti kita bawa ke klinik. Pukul 5.00
siap’ kata majikannya itu. Sampai waktunya si anak yang longlai dibawa
ke klinik. Doktor mengarahnya ia dirujuk ke hospital kerana keadaannya
serius.

Setelah seminggu di wad pediatrik doktor memanggil bapa dan ibu
kanak-kanak itu. ‘Tiada pilihan..’ katanya yang mencadangkan agar
kedua-dua tangan kanak-kanak itu dipotong kerana jangkitan yang sudah
menjadi gangren sudah terlalu teruk. ‘Ia sudah bernanah, demi nyawanya
tangan perlu dipotong dari siku ke bawah’ kata doktor. Si bapa dan ibu
bagaikan terkena halilintar mendengar kata-kata itu.

Terasa dirinya tunggang terbalik, tapi apalah dapat dikatakan. Si ibu
meraung merangkul si anak. Dengan berat hati dan lelehan air mata
isterinya, si bapa terketar-ketar menandatangani surat kebenaran
pembedahan.

Keluar dari bilik pembedahan, selepas ubat bius yang dikenakan habis,
si anak menangis kesakitan. Dia juga terpinga-pinga, melihat kedua-
dua tangannya berbalut putih. Direnung muka ayah dan ibunya. Kemudian
ke wajah pembantu rumah.

Dia mengerutkan dahi melihat mereka semua menangis. Dalam seksaan
menahan sakit, si anak yang keletah bersuara dalam linangan air mata.

‘Abah.. Mama… Ita tak buat lagi. Ita tak mau ayah pukul. Ita tak mau
jahat. Ita sayang abah.. sayang mama.’ katanya berulang kali
membuatkan si ibu gagal menahan rasa.

‘Ita juga sayang Kak Narti..’ katanya memandang wajah pembantu rumah,
sekaligus membuatkan gadis dari Surabaya itu meraung seperti histeria.

Tidak seorang pun yang melihat suasana itu tidak menangis….

‘Abah.. bagilah balik tangan Ita. Buat apa ambil.. Ita janji tak buat
lagi! Ita nak makan, macam mana? Nak main macam mana? Ita janji tak
conteng kereta lagi,’ katanya bertalu-talu. Bagaikan gugur jantung si
ibu mendengar kata-kata anaknya. Meraunglah dia sekuat hati namun
takdir yang sudah terjadi, tiada manusia dapat menahannya..

“Didiklah dan pukullah anak anda dengan penuh kasih sayang, bukan
untuk lepaskan geram & marah anda….”

Sumber: http://ratuhati.com , http://lelabu.com/blog/

Friday, December 11, 2009

NILAI DIRI - SECEBIS MUHASABAH


MENGUTAMAKAN YANG LEBIH UTAMA, dalam erti kata lain, mementingkan perkara yang lebih penting..... itu resepi kejayaan seorang sahabat.

Saya pernah dikelilingi oleh insan-insan luar biasa pada pandangan mata saya.

Sahabat saya ketika belajar di DQ boleh berjaga malam dari selepas waktu I'syak hingga ke azan Subuh membaca dan mengulang hafazan al Quran ketika musim peperiksaan. Natijahnya, dia muncul salah seorang pelajar MUMTAZ.
Sahabat yang lain, membaca dan mengulang hafazan Al Quran hingga serak-serak basah (ala-ala suara itik pulang malam...hehehe) kerana melazimi ayat-ayat supaya kental dan basah dalam ingatan.

Aishah Ho, saya pernah menulis tentangnya.
Pelajar OKU di DQ, berjaya menamatkan hafazan 30 juzu'


DAN SAYA? Selalu berharap menjadi sekuat mereka.....walaupun sering kalah dengan mata yang merah mengantuk, lemahnya tubuh lantaran lemah juga keinginan untuk berjaya. Lalu, jadilah saya hanya insan biasa-biasa di sana.....

Itu kenangan silam di DQ.

Lalu hari ini, selepas bergelar isteri dan ibu.....saya perlu kembali MENGUTAMAKAN YANG UTAMA. MEMENTINGKAN YANG LEBIH PENTING.

KEUTAMAAN SEBAGAI :
  • HAMBA ALLAH
  • UMAT RASULULLAH saw
  • ISTERI
  • ANAK
  • IBU
  • DA'EI
  • yang paling penting juga amanah AL-QURAN yang sedang digalas. Ya! Saya dipilih untuk menghafaz ayat-ayat Allah, dan pilihan itu dahulu datangnya dari saya, jadi tidak dapat tidak saya MESTI mengjaga sebaik mungkin amanah ini.
YaAllah, ada masa rasa sangat bersalah menyelubungi diri, bila sanggup berjaga malam menulis dan melayari internet, tapi....amat berat untuk solat sunat walau hanya 2 rakaat pada Al Kholiq terlebih dahulu. Sering juga terlupa untuk bersyukur atas segala kurniaanNya.

Ya Allah, ada masa rasa amat bersalah, bila mempunyai ruang masa yang banyak untuk bersantai dan berehat, namun sering berasa letih tatkala mahu memperbanyakkan selawat kepada kekasih Allah Rasulullah saw.

Ya Allah, ada ketikanya rasa amat bersalah pada suami lantaran masih tidak mampu menjadi sebaik-baik isteri buat dirinya.

Ya Allah, ada saatnya rasa amat bersalah bila memikirkan dosa-dosa silam pada ayahanda dan bonda. Mampukah diri ini menebus dosa itu dan membalas budi mereka?

Ya Allah, ada waktunya rasa amat bersalah pada anak lantaran ummi ini tidak mampu menahan sabar......sedangkan dirimu anak hanyalah si kecil yang belum sempurna akalnya.


Ya Allah, ada masanya rasa bersalah menghantui lantaran diri terikat dengan amanah da'ie yang selalu juga diabaikan.

Ya Allah, saat dan ketika ini andai nyawa ditarik dari halkum, maka hambaMu inilah insan paling menyesal kerana sering menangguhkan waktu untuk mengukuhkan hafazan al Quran di dada.

darul quran : TAMAN TARBIAH KAMI

perjalanan seorang hamba, mencari keampunan Tuhannya

-YA ALLAH, SEMOGA HAMBAMU MENJADI INSAN YANG DIMULIAKAN KERANA MENYESALI DOSA-DOSA DAN BERTAUBAT-

Tuesday, December 1, 2009

BABY WITH TRANSPORT CONTEST

ANDA BERMINAT NAK JOIN SAME? KLIK GAMBAR YA....



KITA CHECK APA KATA UMMINABILAH :

1. mestilah jd
follower aku and masukkan dlm bloglist korang....


2.copy banner kt atas kt sidebar anda and ltk kan link contest ni...no link no qualified...

3. Buat satu entri & upload kan pic ank korang dgn aksi bersama transport diorang, letakkan nama , umur dan ceritakan sedikit pasal pic tu....transport tu xkira lah bentuk ape...tapi yg diorang main lah...walker x termasuk k...


4. umur anak korang mestilah 0-3 tahun...kalau pic tu diambil smasa umur ank anda x melebihi 3 tahun boleh lah diterima...


5.hanya 1 pic saja yg dibenarkan utk diupload kalau korang nk ltk banyak pun xpe tp aku lah yg rambang mata nk pilih...tajuk kat atas je dterima


6. hanya seorang ank jek yg dbenarkan msuk contest ni...kalau yg ramai ank dia ade pic dgn transport, korang pilih lah yg tercomel skali nk ltk kt n3 tu...hehe buleh?


7. contest ini bermula pada hari ini 15 Nov 09 dan akan berakhir tepat pada pukul 12 tghari 15 Dis 09. selepas dr tarikh tu x akan dilayan k...


8. terbuka kepada boy n girl k...


9. sesudah wat n3 contest ni silalah tgal jejak kat bawah bersama link korang k...


haaa...syarat2 nye cukup mudah...so ape lagi jomlah join...opps hadiah?? emm dirahsiakan dulu k...akan di publish kan pade next n3....
pemenang akan dipilih seramai 3 org...dan dipilih oleh juri professional...hehe...professional ke? top ten akan dipilih oleh kawan baik aku....sape? adelah....top five akan ditapis oleh hubby aku...and top 3 akan dipilih aku sendiri....so ape lagi....join lah...

BUAH HATI ABI & UMMI :
MUHAMMAD AL-AMEEN BIN MOHD JUMAT
2 TAHUN (24 OKTOBER 2007)




APA KATA SAYA :

GAMBAR NI BUKAN CANDID, TAPI AKSI AMEEN TU DIA SENDIRI YANG BUAT. AMEEN MEMANG SUKA ANGKUT BARANG DARI DAPUR JADIKAN MAINAN. PENAPIS SANTAN TUUU...HEHEHE. SEMPAT SAYA AMBIL KAMERA SNAP AKSI AMEEN NI....

GAMBAR TERBARU NI....LEBIH KURANG PUKUL 8 MALAM (30 NOVEMBER) SAYA SNAP GAMBAR NI...

BISIKAN HTIKU SAAT INI

Wahai Tuhanku yang Esa
Bila terkenang qahar-Mu
Rasa gerun dihatiku
Kerana takutkan siksa-Mu
Hambamu rasa putus asa
Siapakah dapat bersihkan diri
Dari segala dosa yang memburu
Setiap hari setiap ketika.

Tika mengenang Ghafar-Mu
Putus asa tiada lagi
Semangatku pulih semula
Harapanku subur kembali
Ujian menimpa menekan dijiwa
Tak sanggup meneruskan perjuanganku
Mehnah-Mu itu
Penghapus dosaku
Mengganti hukuman Mu di akhirat.

Di waktu mengenang rahmat-Mu
Terasa diri kurang bersyukur
Pada-Mu harusku memohon
Moga syukurku bertambah
Alangkah susahnya mendidik hati ku

Ya Allah Tuhanku
Bantulah hambamu
Dalam mendidik jiwaku ini

-NASYID NADAMURNI-
Ameen.

DOA KU BUAT MEREKA

"YA ALLAH, BERILAH KEKUATAN DAN KESIHATAN KEPADA MEREKA, JADIKANLAH MEREKA AHLI SYURGA DAN BERIKANLAH MEREKA PETUNJUK KE JALAN YANG BENAR DAN BAIK.
YA ALLAH SESUNGGUHNYA AKU TIDAK MAMPU MEMBALAS SEGALA KEBAIKAN YANG DILAKUKAN OLEH SUAMI DAN IBU BAPA TERHADAP KU, MAKA KEPADAMU AKU HARAPKAN AGAR DIKAU MEMBALAS SEGALA KEBAIKAN MEREKA.....AMEEN YA ROBB."

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails