Followers

Tuesday, December 28, 2010

IMAN NURUL'ATIFAH : SETAHUN YANG PENUH CINTA

DENGAN ASMA ALLAH YANG MAHA AGUNG

10 MUHARAM 1431H = 27 DISEMBER 2009 - Saya lebih suka dengan tarikh hijri kelahiran anakanda Iman. Namun, disebabkan 10 Muharam baru-baru ni kami berada di Kelantan abi pula jauh di Sabah jadi kek dan hadiah tunggu untuk bersama abi kesayangan Iman.

Alhamdulillah....setahun penuh cinta kami terhadapnya. Cinta ummi, cinta abi, cinta abe long.

Iman lahir awal 2 minggu ummi takkan lupa - Iman lahir saat abi bergelut final exam pjj UKM ummi takkan lupa - Iman lahir abi tiada di sisi ummi takkan lupa - Iman lahir Pak Cik Basir&Makcik Zah tolong hantar ke hospital dan tunggu ummi sampai dapat tengok Iman, ummi takkan lupa.


masih takut2 untuk berdiri






tinta normi : Iman dah pandai panggil ummi, dah tahu merajuk, tahu melawan balik bila abe long buli, Iman suka baca buku....

Sunday, December 26, 2010

DOA UMMI INI



DENGAN ASMA ALLAH YANG MAHA AGUNG


"Ya Allah...hamba lemah...maka pada kekuatan Mu hamba berpaut.
Ya Allah...hamba kecil kerdil...maka pada kebesaran Mu hamba bergantung.
Ya Allah...hamba hina dengan dosa...maka pada keagungan maghfirah Mu hamba berharap.


Peliharalah anak-anak kami dari kejahatan akhir zaman ini Ya Allah....
Peliharalah anak-anak kami dari kefasadan kahir zaman Ya Allah...
Peliharalan anak-anak kami dari akhlak yang buruk Ya Allah...
Peliharalah anak-anak kami dari perilaku yang mengundang rasa benci Mu dan rasa benci makhluk-makhluk Mu kepadanya Ya Allah...


Ya Ilahi Robbi....kuatkan iman kami agar kami kuat untuk mendidik kekuatan iman mereka kepada Mu




tinta normi : berdoalah wahai hamba Allah....lebih akrab dengan Allah.

Wednesday, December 22, 2010

KEMBALI DI SINI....



Dengan asma Allah Yang Maha Agung....

Sebulan bersama keluarga...alhamdulillah bahagia sungguh rasanya. Hari kami di airport Sultan Ismail Petra Pengkalaln Chepa.

Kembali ke sini dengan azam dan semangat yang baru. Bak kata murabbi di DQ, SEMANGAT ADA...INSYAALLAH,INSYAALLAH.





tinta normi : ....dan, saya kembali merindui mereka.

ALQUR'AN DAN ZIKIR PENAWAR SEGALA LUKA

Friday, December 10, 2010

MENYIMPAN KENANGAN DI SINI

DENGAN ASMA ALLAH YANG MAHA AGUNG

DI SEBALIK TABIR PERNIKAHAN ABDUL HALIM & SITI NURUL AINA MARDHIAH

ayahanda kesayangan kami

muiz & faris





datin-datin...uhuk,uhuk
saya suka foto ni
ateh,makcik & makngah (SIL ma saya)

anak saudara hampir sebaya dengan mamatok & mak saudara

jurukamera berehat....
zaujihabibi & abelong ameen

abi & iman nurul'atifah

jurukamera amatur

ayahchik memang suka memasak

ayah sendiri sembelih lembu

Tuesday, December 7, 2010

BERKONGSI KEGEMBIRAAN...ALHAMDULILLAH.

Dengan asma Allah Yang Maha Agung.

Pernikahan adik lelaki kami....lama tak kenduri, Alhamdulillah ramai sungguh tetamu bertandang. Tercapai juga hajat ma& ayah mahu menantu orang dekat saja. Dah dapat sorang menantu orang Sabah....yang lain2 dekat je le.... =)

10 ZULHIJJAH - MALAM AKAD NIKAH

doa AbeLong bila AyahLing diijabkabul


dinar emas menjadi mas kahwin


hadiah dari suami buat isteri


11 ZULHIJJAH -RUMAH PENGANTIN PEREMPUAN

hantaran dari pihak kami - pengantin lelaki


di hadapan rumah sebelum berarak ke rumah pengantin perempuan


jejaka2 pembawa dulang hantaran

rumah dipisahkan degan tali air saja. jalan kaki je la...
(ummi lenggang kangkung je? tak pasti pulak Iman dengan siapa ketika ini....)




12 ZULHIJJAH - RUMAH KAMI

menyambut ketibaan pengantin
(abaikan saja saya memakai baju semalam..uhuk,uhuk)




tinta normi : sudah dewasa rupanya adikku.....

Monday, December 6, 2010

CERITA 1 & CERITA 2

DENGAN ASMA ALLAH YANG MAHA AGUNG

Cerita 1 :

Lebih 3 minggu berada di Kelantan, Alhamdulillah....menikmati hari-hari bersama ma, ayah, adik-adik dan anak-anak buah. Ameen&Iman...mula serasi di kampung bersama mamatok & tok chek. Ameen dah mula boleh bezakan mana satu Cik Su, mana Cik Ee, mana Cik Da. Sebelum ni semua Cik Da.

Saya dan zaujihabibi pula melalui fasa-fasa bergayut di handphone lama-lama. Kalau tak kerana anak-anak...mungkin berjam-jam bersembang. Hehe...indah juga dok jauh-jauh sekejap, merasai manisnya rindu, merasai betapa kami memang saling memerlukan. Namun, saya belajar menghargai adanya suami di sisi. Sungguh! Susahnya tiada suami di sisi. Biasa bersama melayan anak-anak, anak meragam kita bersama, sakit kita, letih kita, takut kita semua dia ada untuk menjadi heronya....=)
Zaujihabibi pula mula kesunyian kat sana.....(ha, baru tahu betapa berharga isteri dan anak-anak abang nih....uhuk,uhuk!)

Cerita 2 :

Saya tertarik sangat dengan pesanan kakak saya kepada adik-adik yang tertampal di bilik anak-anak dara@adik-adik saya. Suka berkongsi dengan sahabat semua.....

Suatu ketika Ibrahin bin Adham telah dikunjungi oleh beberapa tetamu wakil guru Tariqat lalu dia berkata kepada mereka :
"Berikan nasihat yang berguna kepada saya, yang akan membuatkan saya takut kepada Allah." Lalu mereka berkata : " Kami wasiatkan kepada kamu 7 perkara....."

1) Orang yang bayak bicara, janganlah kamu berharap sangat kesedaran hatinya.

2) Orang yang banyak makan, janganlah kamu harapkan sangat kata-kata hikmah darinya.

3) Orang yang banyak bergaul dengan manusia, janganlah kamu harapkan sangat kemanisan ibadahnya.

4) Orang yang cinta kepada dunia, janganlah kamu harapkan sangat husnul khatimahnya.

5) Orang yang bodoh, janganlah kamu harapkan sangat hidup hatinya.

6) Orang yang memilih berkawan dengan orang zalim, janganlah kamu harapkan sangat kelurusan agamanya.

7) Orang yang mencari kerelaan manusia, janganlah harapkan sangat keredhaan Allah darinya.

"Aku mencintaiNya kerana Dia mengambil berat terhadapku, dan bermuarah hati memberiku ilmu dan kenikmatan. Di samping itu aku mempunyai banyak dosa yang aku sentiasa takut dan bimbang Dia tidak mencintaiku lagi kerananya....." ~~kata-kata Ismail bin Muhammad~~

tinta normi : dua orang budak kecik yang rindu dengan abi..... SAYANG ABI!! musim hujan, sejuk...nak mandi pun fikir 16x. Kakak saya mandi sekali sehari je...uhuk,uhuk.

JUMPA LAGI BIIZNILLAH,INSYAALLAH.

BISIKAN HTIKU SAAT INI

Wahai Tuhanku yang Esa
Bila terkenang qahar-Mu
Rasa gerun dihatiku
Kerana takutkan siksa-Mu
Hambamu rasa putus asa
Siapakah dapat bersihkan diri
Dari segala dosa yang memburu
Setiap hari setiap ketika.

Tika mengenang Ghafar-Mu
Putus asa tiada lagi
Semangatku pulih semula
Harapanku subur kembali
Ujian menimpa menekan dijiwa
Tak sanggup meneruskan perjuanganku
Mehnah-Mu itu
Penghapus dosaku
Mengganti hukuman Mu di akhirat.

Di waktu mengenang rahmat-Mu
Terasa diri kurang bersyukur
Pada-Mu harusku memohon
Moga syukurku bertambah
Alangkah susahnya mendidik hati ku

Ya Allah Tuhanku
Bantulah hambamu
Dalam mendidik jiwaku ini

-NASYID NADAMURNI-
Ameen.

DOA KU BUAT MEREKA

"YA ALLAH, BERILAH KEKUATAN DAN KESIHATAN KEPADA MEREKA, JADIKANLAH MEREKA AHLI SYURGA DAN BERIKANLAH MEREKA PETUNJUK KE JALAN YANG BENAR DAN BAIK.
YA ALLAH SESUNGGUHNYA AKU TIDAK MAMPU MEMBALAS SEGALA KEBAIKAN YANG DILAKUKAN OLEH SUAMI DAN IBU BAPA TERHADAP KU, MAKA KEPADAMU AKU HARAPKAN AGAR DIKAU MEMBALAS SEGALA KEBAIKAN MEREKA.....AMEEN YA ROBB."

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails