Followers

Sunday, May 1, 2011

CERITAKAN PADA ANAK TOKOH-TOKOH UNGGUL INI

DENGAN ASMA ALLAH YANG MAHA AGUNG



ABU BAKAR AS SIDDIQ
~memiliki kekayaan yang melimpah, namun beliau juga tampil menjadi khalifah dan pemimpin yang berwibawa dengan membawa keadilan, zuhud, ikhlas dan jujur~

UMAR AL KHATTAB
~ tinggi martabatnya di sisi Allah SWT, tegas di hadapan musuh, adil dalam memutuskan hukum. Ditakuti dan digeruni musuh. Syaitan pun gentar kepadanya.~

UTHMAN AL AFFAN
~peribadi yang sangat lemah lembut, ahli dalam melaksanakan solat Tahajjud dan gemar berinfak. Beliau juga seorang yang sangat pemalu - malaikat pun malu kepadanya. Sanagt lembut hatinya.~

ALI KARRAMALLAHU WAJHAH
~pahlawan agama yang sangat perkasa, berani, pemidato yang sanagt mendalami agama. Kata Rasulullah SAW : "Aku adalah gedung ilmu, Ali adalah kuncinya."~

UBAI
~pemimpin para Huffaz ( penghafaz Al Qur'an)~

MUADZ
~imam para ulama'~

KHALID AL WALID
~lambang kepahlawan~

SAAD BIN MUAZ
~arasy Allah bergegar ketika kematiannya~

ABU HANZHALAH
~syahid dalam keadaan berjunub, kerana terus terjun apabila terdengar paluan gendang perang. Beliau dimandikan oleh para malaikat~

tinta normi ; "YA ALLAH semoga anak2ku disayangi dan disanjungi penduduk langit dan bumi kerana kesolehan dan ketaatan pada Allah serta dianugerahkan kebijaksanaan yang menjadi kebanggaan Islam dan umatnya."

1 ulasan:

!✿❤Cik Puan Izan❤✿! said...

mie...ingat lagi tak saper ni...? ^__^

BISIKAN HTIKU SAAT INI

Wahai Tuhanku yang Esa
Bila terkenang qahar-Mu
Rasa gerun dihatiku
Kerana takutkan siksa-Mu
Hambamu rasa putus asa
Siapakah dapat bersihkan diri
Dari segala dosa yang memburu
Setiap hari setiap ketika.

Tika mengenang Ghafar-Mu
Putus asa tiada lagi
Semangatku pulih semula
Harapanku subur kembali
Ujian menimpa menekan dijiwa
Tak sanggup meneruskan perjuanganku
Mehnah-Mu itu
Penghapus dosaku
Mengganti hukuman Mu di akhirat.

Di waktu mengenang rahmat-Mu
Terasa diri kurang bersyukur
Pada-Mu harusku memohon
Moga syukurku bertambah
Alangkah susahnya mendidik hati ku

Ya Allah Tuhanku
Bantulah hambamu
Dalam mendidik jiwaku ini

-NASYID NADAMURNI-
Ameen.

DOA KU BUAT MEREKA

"YA ALLAH, BERILAH KEKUATAN DAN KESIHATAN KEPADA MEREKA, JADIKANLAH MEREKA AHLI SYURGA DAN BERIKANLAH MEREKA PETUNJUK KE JALAN YANG BENAR DAN BAIK.
YA ALLAH SESUNGGUHNYA AKU TIDAK MAMPU MEMBALAS SEGALA KEBAIKAN YANG DILAKUKAN OLEH SUAMI DAN IBU BAPA TERHADAP KU, MAKA KEPADAMU AKU HARAPKAN AGAR DIKAU MEMBALAS SEGALA KEBAIKAN MEREKA.....AMEEN YA ROBB."

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails